Showing posts with label batik terengganu. Show all posts
Showing posts with label batik terengganu. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Imparts Basic Skills and Techniques in Batik Making

The beauty of Batik products that is exclusive to the region, in particular those produced by Malaysia and Indonesia, attracts Batik lovers from all over the world.  The fame of traditional Batik craft or art also attracted the interest of some parties in Brunei Darussalam to explore and join the Batik industry.
Although the batik making industry is relatively new in the Brunei Darussalam, various efforts have been taken by several parties to increase batik production.  Among them was the Batik Making Workshop organised by the Youth Development Centre.  During the workshop, participants were taught the basic skills and technique of making Batik, starting from sketching the designs up to the colouring process.
It's not easy to produce the fine and perfect Batik designs.  It takes a lot of time, patience and diligence.  The existence of Batik provides its lovers access to designs or patterns that encompass beauty, quality and exclusiveness.  Batik is produced in varying motifs, including in patterns depicting flora and fauna. These are chosen based on their uniqueness. The conductor of the Batik Workshop, Hajah Che Yam binti Che Ibrahim said making Batik required time and creativity.  It includes life-learning process, and for Brunei Darussalam, local ideas, ways and creativity are important, in order to come out with the art in Brunei, Brunei Batik.
Batik is not only synonym with Malaysia or Indonesia, but also has a universal character. It's the patterns that differentiate them.  In Malaysia, the products of this handicraft or art are a national heritage that Malaysian communities are proud of, because of the creativity and skills involved. Normally when one speaks of Batik Lukis or drawn or sketched Batik, it reminds of one Batik Kelantan or Terengganu. Meanwhile, among the most popular cultures of the Javanese of Indonesia is the craft of written Batik that contributes to their economy. This has motivated sections of the Javanese community to take measures to preserve and protect the traditional heritage.  In Brunei Darussalam, parties involved in the local Batik industry should diversify it and explore new trends if they want to continue developing and strengthening. They should also be sensitive to the needs and demands of the global markets.
source :
http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/index.php?option=com_content&view=article&id=16106%3Aimparts-basic-skills-and-techniques-in-batik-making&Itemid=80

Wednesday, April 1, 2009

Pengusaha Batik dari Brunei

Zainal Abidin Hj Ibrahim
Zainal Abidin Hj Ibrahim
Ilham dari jiwa seorang pelukis
===========================
Berasal dari Negara Brunei Darussalam, bakat seni lukisnya yang dimilikinya tidak pernah disia-siakan malah digilap sehingga gelaran seorang pelukis kini sudah berubah kepada seorang pengusaha batik terkenal.

Zainal Abidin Hj Ibrahim yang mempunyai perusahaan dan mencorak batik dengan hasil kerja tangannya, kini telah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri batik tempatan.

Zainal Abidin Hj Ibrahim merupakan salah seorang daripada 11 pengusaha atau pemilik butik batik yang turut serta dalam pameran sempena Malam Amal Anggun Warisan II "Warisan Nusantara" yang diadakan di 1Borneo pada Jumaat lepas.

Batik-batik rekaannya dan perusahaannya juga turut diperagakan di hadapan tetamu kehormat Pengerusi Puspanita Bandaraya Kota Kinabalu, Datin Naimah Haji Hassan yang telah menyempurnakan perasmian pameranitu sambil disaksikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.

Zainal Abidin Hj Ibrahim berkata, pada malam kemuncak acara itu, batik rekaan beliau turut diperagakan oleh model-model tempatan.

Lebih 20 jenis batik rekaannya dipamerkan pada pameran itu yang dianggar antara RM500 hingga RM2,000.

Ketika ditemui, Zainal Abidin Hj Ibrahim  memberitahu Brunei terkenal dengan pembuatan batik bercorak seperti bunga kuduk, air moleh dan simpur.

"Namun, lebih mendapat sambutan dan menjadi kegemaran para pelanggannya ialah batik muleh kerana memiliki ukiran fesyen yang tersendiri dan asli.

"Alhamdullah...setakat ini sambutan yang diterima dari Brunei ataupun peminat batik di sini (Sabah) sangat menggalakkan...saya sangat berterima kasih," katanya sambil memberitahu ini merupakan kali ketiga beliau mengadakan pameran batik di negeri di bawah bayu ini.

Namun, jelasnya beliau banyak menerima tempahan daripada penggemar batik dari Sabah yang rata-rata terdiri daripada golongan berjawatan tinggi.

Bercerita sebentar bersama beliau mengenai pembuatan batik hasil ukiran beliau, Zainal berkata bakat seorang pelukis yang dimilikinya digilap menjadi satu punca rezeki.

"Kebolehan saya dalam bidang lukisan memberi saya bakat untuk melukis corak-corak batik.

"Dari situ, saya perkembangkan corak itu menjadi sebuah lukisan batik yang menarik." katanya.

Menurut Zainal yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam industri pembuatan batik, memberitahu, terdapat tiga cara membuatan batik samada secara tulis/lukis, batik cop dan batik digital.

"Namun, orang lebih suka dan gemar batik tulis/lukis berbanding dengan batik yang lain kerana memiliki keasliannya tersendiri," katanya.

Ditanya mengenai keistimewaan batik Brunei dengan Malaysia, Zainal berkata, ianya tiada banyak beza kerana berasal dari satu rumpun.

Bagaimanapun, dalam melahirkan sebuah corak batik yang menarik, Zainal gemar menggunakan corak Brunei sebagai corak asas namun menggunakan warna berkonsepkan nusantara dan etnik iaitu campuran antara citarasa Malaysia dan Brunei.

Tidak hairanlah, corak dan lukisan batik dari Brunei ini tidak banyak beza dengan batik Terengganu dan Indonesia kerana turut menyelitkan elemen nusantara.

Dalam pada itu, pameran itu turut disertai oleh pengusaha batik dan butik dari Indonesia dan Filipina mengambil bahagian dalam pameran tiga hari sempena Malam Anggun Warisan II yang akan berakhir hari ini.

http://myzatulakhmajanil.blogspot.com/2009/03/pengusaha-batik-brunei.html