Friday, April 26, 2013

Pembudayaan Pemakaian Kain Tenunan

BERAKAS, Selasa, 23 April. - Pameran Kain Tenunan : Budaya dan Ekonomi anjuran Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang berlangsung di ruang legar Airport Mall dihasratkan untuk mendedahkan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pembudayaan pemakaian kain tradisi.
MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar
MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyaksikan kain tenunan di pameran tersebut. (Foto: Ihsan Media Permata)
Pameran tersebut dirasmikan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.
Pengerusi Pameran, Awang Muhd Azri bin Haji Razab dalam ucapan alu-aluannya semasa majlis perasmian itu menjelaskan bahawa pameran tersebut merupakan projek berkumpulan yang di ungkayahkan oleh lima orang mahasiswa/mahasiswi tahun akhir program BA Major Pengajian Brunei dan adalah kesinambungan dari modul PB-4307 yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Brunei sebagai sebahagian syarat untuk menyempurnakan program tersebut.
Menurutnya, inisiatif 'pembudayaan Kod Pakaian Rasmi kain tenunan setiap hari Khamis bagi pegawai-pegawai dan kakitangan KPSSU' yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada tahun lalu telah menarik perhatian mereka untuk membuat kajian bagi mengetahui pandangan para pegawai dan kakitangan mengenai dengan inisiatif berkenaan.
Daripada kajian yang dijalankan selama tiga bulan itu tambah beliau, hasilnya mendapati bahawa sambutan majoriti pegawai dan kakitangan KPSSU adalah tidak menggalakkan atas sebab tiga faktor utama yang menyumbang terhadap ketidaksetujuan tersebut iaitu faktor harga, keselesaan dan nilai sentimental terhadap kain tenunan itu sendiri.
Pameran itu tambah beliau dikelolakan sebagai salah satu inisiatif bagi memberikan kesedaran dan membuka minda masyarakat awam khususnya para pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta.
Pendedahan penginovasian kain tenunan itu ujarnya perlu dilakukan sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan kain tenunan sebagai budaya material yang mempunyai nilai kebudayaan yang tinngi dan seterusnya mendokong dalam menjana ekonomi pengusaha-pengusaha tempatan.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri turut menyampaikan sijil kepada para peserta dan penaja pameran dan seterusnya menyaksikan pameran yang dianjurkan.
Pameran dua hari itu disertai oleh lapan buah pengusaha dan syarikat-syarikat tempatan antaranya Butik Batik Desamas, Syarikat Asnika, Perusahaan Hikmah, Perusahaan PZS, Syarikat S Aisya, Syarikat Sukmaindera, Perusahaan Aiman dan Syarikat Rosnawey.
Ianya mempamerkan dan memperlihatkan hasil-hasil produk kain tenunan yang telah dinovasi seperti kemeja, tali leher, beg tangan, kasut dan sebagainya.
Pameran bertemakan 'Inovasi Pemangkin Produksi dan Konsumpsi Berkekalan' membawa maksud bahawa inovasi atau pemodenan adalah merupakan pemangkin dalam pengeluaran produk-produk baru yang mampu mengekalkan dan memenuhi kehendak pengguna-pengguna secara berterusan.
Antara objektif utama pameran ialah bagi memperlihatkan dan mededahkan inovasi yang dapat dilakukan terhadap kain tenunan terutama kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di KPSSU dan memberi kesedaran terhadap kepentingan pembudayaan yang dilaksanakan di kementerian berkenaan.
Selain itu, ia juga untuk memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha dalam mempromosikan produk-produk yang dihasilkan dan seterusnya akan menjadi pemangkin kepada mereka agar lebih berminat, kreatif dan berusaha dalam menghasilkan serta mempelbagaikan produk inovasi kain tenunan.
Dalam hubungan ini, orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke pameran dua hari ini yang dibukakan bermula jam 9 pagi hingga 9 malam selama dua hari iaitu 23 April dan 24 April 2013.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/2439-pembudayaan-pemakaian-kain-tenunan

Thursday, April 18, 2013

Batik Maker, Export is Capital Intensive

Batik Desamas Brunei
A salesperson arranging the batik on display at Batik Desamas' booth at the Made in Brunei Expo at the Airport Mall recently. Picture: BT/Al-Haadi Abu Bakar
A LOCAL batik textile company is seeking extra funds to expand into the export market after establishing itself here for many years.

Batik Desamas, the firm that has fused tradition with modern technology in its production of batik, is hoping to expand into the export market with additional funding from government sources.

The proprietor of Batik Desamas, Zainal Abidin Hj Ibrahim, said that he would not be able to meet global demand without additional financial assistance, even though the business has been export-ready for some time.

"The demand is there. The people out there now recognise Brunei's batik as one of the best in the industry, in terms of design," he said in an interview with The Brunei Times.

Batik Desamas is one of the several companies that is taking part in the "Made in Brunei" Expo at the Airport Mall.

Recently, Zainal Abidin Hj Ibrahim has been experimenting with new fabric, particularly a new type of cotton that has textural qualities akin to silk, and since then has drawn interest from his customers.

In addition, the textile has grabbed a lot of attention from tourists, particularly at its kiosk at Muara Port where international cruises dock.

But, with increased interest comes the challenge of supplying beyond his current capacity, which produces about 300 to 1,000 metres of Batik daily.

A pioneer in Brunei's batik scene, Brunei's Batik Designer, Zainal Abidin Hj Ibrahim had started hand-printing batik since 2000.

The Batik Designer said his business has been doing well in the local scene following its introduction of his Digital Batik system.

His Batik is well sought-after among participants in events and national occasions, such as the National Day celebration.

The system, developed by Zainal through financial assistance from the Brunei Economic Development Board (BEDB) two years ago, applies advanced software and engineering to digitalise his hand-drawn work, which can then be replicated to produce a whole range of Batik products. 

The new system is aimed to allow mass production of his Batik designs, as traditional method of producing Batik is not enough to meet the global demand.

Production has been outsourced to Indonesia and recently, to South Korea, which according to Zainal, has drawn criticisms from some locals.

"Often, the mindset of Bruneians is that when we say that we outsource our production overseas, they made the assumption that we import our products," he said.

Zainal said he has been actively clarifying the misconception, adding that his approach is more cost-efficient, rather than having the whole business operations entirely in Brunei. In his current capacity, the cost of bringing the production facility to the Sultanate would be very expensive.

"A lot of successful companies out there, such as in America and South Korea, actually outsource their production to countries like China and the Philippines, and then export to the rest of the world," he explained.

He said his business model has a better value proposition than his competitors', which mainly focuses on selling imported Batik, as he has full control of design and production.

Brunei Times
http://www.bt.com.bn/2013/04/15/export-capital-intensive-batik-maker